Monday, November 10, 2008

Tennis Masters Cup

Left to right: Nikolay Davydenko, Gilles Simon, Andy Murray, Novak Djokovic, Roger Federer, Jo-Wilfried Tsonga, Juan Martin del Potro

Mamat-mamat 8 orang ni sedang berentap di Piala Master di Shanghai. Sukar meramal siapa yang bakal menang. Semua ada ciri permainan yang unik. Meminimakan unforced errors boleh memberi kelebihan. Setakat ini Federer pun kecundang di tangan Simon dalam round robin. I wish you all good luck. Pilihan aku masih pada Federer.

Pemenangnya adalah Novak Djokovic... Perlawanan akhir mempertemukan Novak dengan Nikolay Davydenko. Game begitu mudah buat Djokovic dengan tanpa tentangan sengit dari Davydenko.. Disaat2 akhir saja mampu Davydenko beri tentangan. Tapi tenaga dan semangat Djokovic sangat kuat buat Davydenko. Djokovic menang dengan 6-1, 7-5.....Tapi aku tak suka mamat ni menang sebab berlagak sangat.....anyway tahniah

Sunday, November 9, 2008

Telok Kemang (Port Dickson)



Sabtu (8 November 2008) - 3 orang ini berkelah dan melepak di Port Dickson selepas daripada kenduri Kak Rose kat Rantau...tempat MB N9 (Adun Rantau)....maka terjumpa lah MB N9 tu kat kenduri..ok gak dia, dia nak salam ngan aku...Cuaca nya amatlah panas time kenduri...berkonvoi 5 biji kereta... lepas kenduri, amek peluang la melepak kat PD...pukul 2 kat Telok Kemang, tp masih ada yang mandi...tak paham aku...nasib baik si aliff tak nangis dek panas....angin laut menjadi sejuk sikit....rasanya aliff ni nak repeat lagi pasni nak gi PD....meronta2 nak mandi laut....

Thursday, November 6, 2008

CONGRATULATIONS OBAMA

Bermula dengan satu harapan yang hampir mustahil akan tetapi berani, kini ianya sudah menjadi kenyataan. Kemenangan Barack Obama membuka satu lembaran baru dalam sejarah Amerika Syarikat. Hasrat beliau untuk memulakan halatuju baru hubungan di antara Amerika Syarikat dan seluruh dunia amat dialu-alukan.
Sokongan yang diterima bakal Presiden Amerika ini merentasi batas kaum, agama dan generasi, malah mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku pada bulan Mac lalu apabila rakyat Malaysia memilih untuk menolak rejim Barisan Nasional yang masih terikat dengan polisi usang dan gagal.
Keintiman beliau dengan rantau ini serta keprihatinan terhadap dunia membangun terutamanya benua Asia dan Afrika ketika prospek ekonomi tidak menggalakkan, memberi harapan baru kepada kerjasama yang lebih erat. Negara-negara yang sebelum ini mempunyai pertikaian dengan Amerika Syarikat melihat adanya peluang untuk meneruskan kerjasama berhubung isu dasar luar, pembangunan dan alam sekitar.
Di bawah pentadbiran beliau, hubungan dan dialog di antara negara-negara Muslim dan Amerika Syarikat mempunyai harapan yang lebih cerah. Isu-isu di Timur Tengah sememangnya memerlukan komitmen terhadap diplomasi yang konsisten, bersedia untuk menyertai dialog yang lebih bermakna dan tidak bertindak sendirian tanpa menghiraukan suara-suara serta pendapat lainnya. Kami berharap bakal Presiden Amerika ini akan memperlihatkan kepimpinannya berhubung isu-isu ini berbanding pentadbiran lepas yang gagal untuk berbuat demikian.
Pemimpin diukur bukan melalui retorik kempen semata-mata, akan tetapi melalui dasar yang digarap serta pelaksanaannya. Kami mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden; Barack Obama dan Naib Presiden; Joe Biden dan semoga mereka berjaya untuk membawa perubahan.









Tuesday, November 4, 2008

Assalamualaikum


First time buat blog...
so kena belajar slow-slow.....


Kiriman Surat

Dalam surat yang dikirim oleh Saidina Ali r.a. kepada Gabenor Mesir, Malik al-Ashtar, beliau mencoret pesanan penting:

Pastikan kamu berlaku adil kepada Allah, berlaku adil kepada manusia…jika kamu tidak melakukannya kamu telah melakukan kesalahan dan barang siapa yang menzalimi hamba Allah, dia bukan sahaja bermusuhan dengan manusia, bahkan bermusuhan dengan Allah…Sebaik-baik usaha sewaktu manjalankan urusan kamu ialah mengikut jalan pertengahan dalam kebenaran, paling sempurna dalam keadilan dan paling menyeluruh dalam mencapai kesejahteraan rakyat.